suria

EGM MCA: Hormati Keputusan EGM - Dr Chua

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengucapkan terima kasih kepada perwakilan di atas keputusan yang dibuat pada luar biasa (EGM), Ahad dan berkata 'Saya harap kita semua dapat menghormati keputusan mereka.'

Dr Chua menggesa semua pemimpin parti supaya merapatkan barisan dan berhenti melemparkan tohmahan terhadap satu sama lain.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas EGM yang mempersetujui dua daripada empat resolusi itu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada perwakilan yang membuat pilihan mereka dan saya berharap kita semua menghormati keputusan mereka," katanya.

Dr Chua turut berharap agar pemimpin parti akan berhenti menggunakan media sebagai platform untuk menyerang satu sama lain sehingga menjejaskan parti.

Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai terselamat daripada tindakaan celaan dalam EGM itu menerusi majoriti tipis, selepas 1,190 atau 54% daripada 2,189 perwakilan menolak usul tersebut manakala 965 (44%) lagi menyokong usul celaan itu.

Terdapat sebanyak 34 undi rosak.

Usul untuk mencela Liow dibuat kerana keengganannya menerima keputusan bersama parti dan kegagalannya dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi jawatankuasa persiapan pilihan raya umum.

Artikel Lain