suria

Undi Pemilihan Ketua Bahagian Kuala Selangor Dikira Kali Keempat

SHAH ALAM: Proses pengiraan undi untuk pemilihan Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru terpaksa dibuat untuk kali keempat.

Sehingga pukul 11 malam tadi, kiraan undi masih dijalankan selepas berlaku persaingan sengit antara penyandangnya Datuk Amiruddin Setro yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor dan Setiausaha bahagian Ishak Haron dengan perbezaan satu undi. Difahamkan, kiraan undi untuk kali pertama dimenangi oleh Ishak sementara Amiruddin memenangi kiraan kali kedua dan dimenangi semula oleh Ishak selepas pengiraan kali ketiga.

Pemilihan Ketua Umno bahagian itu menyaksikan persaingan antara Amiruddin, Ishak dan Timbalan Ketua Bahagian itu Datuk Jahaya Ibrahim. -BERNAMA

Artikel Lain