suria

Umno Johor Padu Di Belakang Hisham

JOHOR BAHARU: Perwakilan daripada 26 bahagian di Negeri Johor berdiri padu di belakang Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam pemilihan jawatan naib presiden.

Pencabar terdekatnya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, gagal mendapatkan sokongan di Johor apabila hanya dua bahagian memilih beliau.

Bahagian tersebut ialah Bahagian Tebrau yang memberi 397 undi kepada beliau berbanding Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (387) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (361).

Di bahagian Johor Baharu, Mukhriz meraih 329 undi berbanding Ahmad Zahid (470) dan Hishammuddin (333).

Keputusan pemilihan bagi naib presiden itu diumum Ketua Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di pejabat perhubungan itu di sini pada malam Sabtu.

Secara keseluruhannya perwakilan dari 26 bahagian Umno memberikan undi sebanyak 11,586 kepada Ahmad Zahid, yang merupakan Menteri Dalam Negeri; Hishammuddin yang merupakan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan (9,670); Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (9,192) dan Mukhriz (726).

Artikel Lain