suria

Tanjong Karang: Noh Berjaya Pertahan Jawatan Ketua Bahagian

SHAH ALAM: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengekalkan jawatannya bagi penggal keempat sebagai Ketua Bahagian Umno Tanjong Karang apabila menang selesa dalam pemilihan peringkat bahagian itu.

Dalam pertandingan dua penjuru, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang memperoleh sebanyak 535 undi manakala pencabarnya, Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohamed hanya mendapat 32 undi.

Noh ketika dihubungi berkata, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada para perwakilan kerana terus memberikan kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui UMNO bahagian tersebut.

"Di peringkat negeri, saya akan terus berusaha untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO di negeri ini. "Selepas pemilihan parti, saya berharap seluruh ahli dan kepimpinan baharu yang dipilih akan melipat gandakan usaha untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang," katanya di sini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias dan ADUN Permatan, Sulaiman Abdul Razak masing-masing menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian Tanjong Karang Naib Ketua Bahagian.

Artikel Lain