Shahidan & Adik Ungguli Kepimpinan Umno Arau

KANGAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengekalkan jawatan Ketua Umno Bahagian Arau pada pemilihan Umno Bahagian itu pada Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Perlis Datuk Abdul Azib Saad mengumumkan bahawa Shahidan mendapat 478 undi berbanding pencabarnya Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis Jafperi Othman yang mendapat 206 undi.

Adik Shahidan, Datuk Ismail Kassim pula mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau apabila menewaskan pencabarnya Senator Khalid Ahmad.

Ismail yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang memperoleh 439 undi manakala Khalid yang merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis memperoleh 230 undi.

Sabtu lalu, isteri Shahidan, Datin Seri Shamsiah Md Yassin menang jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Arau pada pemilihan sayap parti itu, mengalahkan penyandangnya, Datuk Mastika Junaidah Hussin. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain