suria

Rantau Panjang: Abdullah Pertahan Jawatan Ketua

RANTAU PANJANG: Penyandang Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim mempertahankan jawatannya dalam keputusan tidak rasmi yang diperoleh kira-kira pukul 5.45 petang Sabtu.

Abdullah memperoleh 309 undi, diikuti bekas timbalannya, Datuk Shaari Mat Hussain 255 undi dan bekas Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail, 205 undi.

Dua lagi pencabar yang kurang dikenali, Mohamad Che'l hanya menerima 11 undi dan Din Mamat, 12 undi.

Sebanyak 12 undi rosak daripada 825 perwakilan yang mendaftar pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang yang diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini.

Artikel Lain