suria

Naib Presiden: Hanya Bahagian Bukit Katil Calonkan Ali Rustam

MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam hanya mendapat sokongan daripada Umno bahagian Bukit Katil yang diketuainya bagi jawatan Naib Presiden Umno.

Umno bahagian Bukit Katil turut memilih Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir bagi jawatan itu.

Perwakilan di bahagian Masjid Tanah, Alor Gajah, Kota Melaka dan Jasin pula memilih Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Mukhriz.

Sehingga berita ini ditulis, Umno bahagian Tangga Batu masih belum mengumumkan keputusan pemilihan bagi jawatan tersebut. -BERNAMA

Artikel Lain