Nahas Pesawat Terhempas: Abang Kenalpasti Mayat Angelin, Suami - Semasa | mStar

Nahas Pesawat Terhempas: Abang Kenalpasti Mayat Angelin, Suami

PETALING JAYA: Abang kepada mangsa nahas pesawat Lao Airlines yang terhempas, Angelin Teh mengecam mayat tersebut di lokasi kejadian bersama dengan mayat suaminya, Joel Babcock yang juga warga Amerika.

"Kedua-dua mayat tersebut yang ditemui pihak berkuasa Lao disahkan oleh abang kepada Angelin Tan yang tiba di sini dari Malaysia," kata Penasihat Kedutaan Besar Malaysia Di Laos, Mohd Zakhir Haji Yusof.

Abang Angelin turut mengenalpasti mayat Babcock.

Menurut Zakhir, keluarga mangsa meminta segala maklumat mengenai urusan pengebumian dan penghantaran balik dirahsiakan.

Pada Rabu, pesawat jenis ATR-72 turboprop terhempas di Sungai Mekong, mengorbankan seramai 49 penumpang dan anak kapal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta