suria

Mustapa Dahului Senarai 25 MT Umno

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mustapa Mohamed kekal mendahului senarai 25 Ahli Majlis Tertinggi Umno apabila mendapat 57 undi sehingga pukul 9 malam.

Kedudukan itu diikuti rapat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek apabila masing-masing mendapat 55 undi daripada 191 bahagian.

Kedudukan keputusan tidak rasmi itu juga turut menyaksikan dua calon wanita berjaya menempatkan diri dalam senarai berkenaan iaituDatuk Seri Azalina Othman dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin masing-masing mendapat 41 dan 36 undi.

Kedua-dua pemimpin wanita berkenaan merupakan bekas Ketua Pergerakan Puteri Umno.

Artikel Lain