suria

Klang: Nasarruddin Ketua Baharu

KLANG: Timbalan Ketua Umno Bahagian Klang, Datuk Nasarruddin M. Zin menang kerusi Ketua Umno Bahagian selepas menewaskan Shohimi Shafie pada pemilihan bahagian itu pada Sabtu.

Nasarruddin memperolehi 326 undi sementara Shohimi 260 dan undi rosak 28.

Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula dimenangi Datuk Seikh Rajesh Datuk Seikh Ahmad (368) yang mengalahkan pencabarnya, Baharuddin Naaiman (239). Jumlah undi rosak 14.

Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian pula, Kamarudin Md. Derom menewaskan tiga pencabar iaitu Roslan Muhamad, Mohammad Suhairi Mohamad dan Ishak Mohd. Jonid.

Nasarruddin ketika ditemui pemberita berkata, kemenangan itu merupakan amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

"Saya dan barisan jawatankuasa baru akan memastikan penyatuan semua ahli UMNO Klang dan menerapkan kesetiaan mereka hanya kepada parti bukannya pemimpin bagi mengelak perpecahan dalam kalangan ahli berlaku sekiranya pemimpin yang disukai mereka tidak dipilih," katanya.

Artikel Lain