suria

Keputusan Tidak Rasmi: Razali, Reezal Wakil Pemuda Dalam MT

KUALA LUMPUR: Dua calon daripada sayap Pemuda dan dua calon Puteri berjaya menempatkan diri dalam 25 calon teratas bagi kerusi Majlis Tertinggi (MT) sehingga pukul 8.50 malam.

Mereka ialah Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Reezal Merican manakala Datuk Azalina Othman dan Datuk Rosnah Rashid Shirlin turut tersenarai yang mana kedua-dua mereka adalah bekas ketua Puteri Umno.

Razali mendapat 41 undi, Azalina mendapat 37 undi dan Rosnah memperolehi 34 undi dari 191 bahagian.

Reezal pula mendapat 25 undi.

Sementara itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendahului senarai calon dengan 51 undi, (2)Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (49 undi), (3) Datuk Seri Jamil Khir Baharom (49 undi)

Sementara itu, (4) Datuk Seri Idris Jusoh (49 undi) dan (5) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek 949 undi) dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dengan 48 undi.

Artikel Lain