suria

Keputusan Tidak Rasmi Jam 1.20 Pagi: Hisham 99 Undi; Mukhriz 92

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 1.20 pagi Ahad, keputusan tidak rasmi yang dikumpulkan di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra bagi jawatan naib presiden Umno menunjukkan, penyandang jawatan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pencabar terdekatnya Datuk Paduka Mukhriz Mahathir masih bersaing rapat.

Hishammuddin memperolehi 99 undi bahagian manakala Mukhriz 92 undi.

Dua penyandang lain iaitu calon paling popular, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masing-masing menang besar dengan memperolehi 185 undi dan 174 undi.

Artikel Lain