suria

Keputusan Rasmi MT 5 Pukul Petang Ini

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli berkata pengumuman senarai penuh Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diumumkan secara rasmi pada pukul 5 petang ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sehingga pukul 1.30 pagi Ahad, carta kedudukan bagi jawatan anggota MT sering berubah yang memperlihatkan saingan sengit antara 62 calon bagi merebut kedudukan 25 teratas senarai itu.

Pada sidang media kira-kira jam 1.30 pagi tadi, Tan Sri Tajol hanya mengumumkan keputusan rasmi bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dan Naib Presiden Umno

Artikel Lain