suria

Kemaman: Ahmad Said Kekalkan Jawatan

KEMAMAN: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kemaman dengan menewaskan Mat Dalam Awang dengan majoriti cukup besar dalam pemilihan yang berlangsung di Dewan Berlian, Majlis Daerah Kemaman di sini, Sabtu.

Ahmad memperoleh 799 undi manakala bekas Pengerusi Tetap UMNO Kemaman itu mengumpul 41 undi manakala 23 undi rosak.

Proses pengundian pada pemilihan Umno Bahagian Kemaman bermula pukul 11.20 pagi tadi berlangsung dengan lancar. Sebanyak 863 perwakilan mengundi kali ini.

Artikel Lain