suria

Jelutong: Razak Menang Persaingan Empat Penjuru

PULAU PINANG: Penyandang Ketua UMNO Bahagian Jelutong, Abdul Razak Abdul Rahaman mengekalkan jawatannya apabila berjaya menewaskan tiga pencabarnya dalam pemilihan parti itu.

Kemenangan Abdul Razak dengan memperoleh undi sebanyak 209 itu jauh meninggalkan semua pencabarnya sekali gus membolehkan beliau untuk terus menerajui Umno bahagian itu untuk penggal kedua.

Bekas Setiausaha Umno bahagian berkenaan, Saleem Sulaiman pula berjaya merebut jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian manakala bekas Ketua Pemuda Umno bahagian itu, Mohamed Shah Abdul Ali menang selesa untuk jawatan Naib Ketua Bahagian.

Artikel Lain