suria

Jasin: Ahmad Hamzah Kekal Jawatan Ketua

JASIN: Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jasin apabila menewaskan dua calon lain pada mesyuarat perwakilan bahagian itu di Politeknik Merlimau pada Sabtu.

Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri menang dengan 439 undi, menewaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Datuk Nazari Azim yang mendapat 177 undi dan ahli perniagaan Abd. Alim Alimon yang mengutip 53 undi.

Artikel Lain