suria

Carta Turun Naik, Saingan MT Sengit

KUALA LUMPUR: Carta keputusan tidak rasmi bagi jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) yang sering berubah menyaksikan saingan sengit antara 62 calon bagi merebut kedudukan 25 teratas senarai itu.

Setakat tengah malam Sabtu, Datuk Seri Mustapa Mohamed kekal mendahului senarai dengan 82 undi diikuti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Idris Jusoh, masing-masing memperoleh 80 undi.

Tiga calon lain, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendapat 79 undi diikuti Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang masing-masing meraih 77 undi.

Turut tersenarai Datuk Hasan Malek (72 undi), Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Seri Shahidan Kassim (masing-masing 69 undi), Datuk Seri Mohamad Hasan (68), Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (masing-masing 67 undi).

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (63), Tan Sri Annuar Musa (62), Datuk Seri Azalina Othman Said (59), Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (58), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (57), Dr Mohd Puad Zarkashi (55) dan Datuk Abd Latiff Ahmad (54).

Seterusnya, Datuk Bung Moktar Radin (43), Datuk Ab Aziz Kaprawi (43), Datuk Reezal Merican Naina Merican (42) dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (41). -BERNAMA

Artikel Lain