suria

Sakit, Buta Huruf Tak Luntur Semangat Perwakilan Mengundi Demi Umno

HULU TERENGGANU: Meskipun terpaksa menggunakan kerusi roda serta tidak pandai membaca dan menulis, perkara itu tidak melunturkan semangat seorang perwakilan untuk mengundi pada pemilihan Umno pada Sabtu.

Siwok Abdullah, 55, berkata kerana semangat dan cintakan Umno, beliau sanggup datang meskipun terpaksa menggunakan kerusi roda serta dibantu suaminya, A.Ghani Ibrahim, 58.

Siwok, yang menghidap penyakit buah pinggang, batu karang serta darah tinggi dan tidak dapat berjalan sejak sebulan lepas berkata, meskipun keadaaan kesihatan tidak mengizinkan, beliau tetap ingin menunaikan tanggungjawabnya.

"Memang susah untuk mak cik bergerak, tetapi demi memilih pemimpin yang terbaik, mak cik tetap gigih untuk datang. "Mak cik tak pandai membaca dan menulis, tetapi mak cik tetap sayangkan parti dan mak cik sentiasa bersemangat demi parti," katanya kepada Bernama di Akademi Binaan Malaysia Jenagor di sini.

Ibu kepada sembilan anak itu merupakan perwakilan dari Cawangan Pasir Dula dan antara 991 perwakilan yang hadir pada pemilihan Umno Bahagian Hulu Terengganu. -BERNAMA

Artikel Berikut

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Lain