suria

Mukhriz Arah Portal Berita Tarik Balik Artikel Dakwaan Terlibat Politik Wang

JITRA: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir meminta sebuah portal berita menarik balik artikel yang mendakwa beliau terlibat dalam politik wang.

Calon bagi jawatan Naib Presiden Umno itu memberi tempoh sehingga 10 pagi Sabtu kepada portal berita online itu untuk menarik balik artikel tersebut atau beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

Mukhriz berkata laporan itu merupakan satu cubaan untuk menjejaskan imej beliau.

"Laporan itu disiarkan dengan niat jahat, dan cuba menjejaskan reputasi saya di kalangan perwakilan Umno," katanya kepada pemberita di SM Sains Kubang Pasu di sini.

Artikel Berikut

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Lain