suria

Muhyiddin Nafi Buat Kenyataan Dalam FB Kaitkan Mukhriz

Paparan Facebook mendakwa Jawatankuasa Disiplin Umno membuat keputusan menyingkirkan Mukhriz daripada pencalonan Naib Presiden Umno.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu menafikan mengeluarkan kenyataan yang dibuat dalam satu akaun Facebook mengenai dakwaan adanya keputusan Jawatankuasa Disiplin Umno ke atas Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno menegaskan akaun Facebook itu bukan milik beliau dan telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat akaun Facebook tersebut.

"Saya menafikan kenyataan yang dibuat di dalam satu akaun FB mengenai dakwaan adanya keputusan Jawatankuasa Disiplin UMNO ke atas Datuk Mukhriz.

"Saya tidak keluar kenyataan berkenaan dan akaun FB itu bukan milik saya. Saya telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat akaun FB itu," katanya.

Artikel Berikut

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Lain