suria

Kota Raja: Kamaruzzaman Pertahan Jawatan Ketua Bahagian

SHAH ALAM: Ketua Umno, Bahagian Kota Raja, Kamaruzzaman Johari mempertahankan jawatannya pada pemilihan bahagian itu pada Sabtu selepas menewaskan dua pencabarnya, Mohd. Abdul Raof Mokhtar dan Sharizan Samdin. Bagi jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian pula, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor menang tanpa bertanding.

Sementara itu, Mohd. Hamidi Abu Bakar dipilih sebagai Naib Ketua Bahagian selepas mengalahkan dua pencabarnya, Zainal Hasaudin dan Che Azman Ismail.

Kamaruzzaman yang ditemui pemberita berkata, beliau yakin gandingannya bersama Mohamad Ezam serta jawatan kuasa bahagian dan sayap yang baharu akan menguatkan lagi jentera UMNO Kota Raja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke- 14.

"Perkara utama yang akan kami lakukan ialah memperbaiki kelemahan sebelum ini, menyatupadukan semua ahli Umno Kota Raja dan mendaftar pengundi yang belum mendaftar.

"Saya juga akan menubuhkan unit latihan dan penyelidikan serta unit penerangan bagi menjelaskan isu semasa kepada ahli-ahli serta menyatukan cyber trooper Kota Raja di bawah satu pasukan," katanya.

Artikel Berikut

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Lain