suria

Keputusan Tidak Rasmi: Zahid, Shafie Kekal Jawatan Naib Presiden Umno

Zahid (kiri) dan Shafie
Zahid (kiri) dan Shafie
Zahid (kiri) dan Shafie

KUALA LUMPUR: Dua penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal masing-masing berjaya mempertahankan jawatan berdasarkan keputusan tidak rasmi dalam pemilihan parti pada Sabtu.

Kiraan setakat 6.30 petang menunjukkan Zahid memperoleh 99 undi, diikuti Shafie (91), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (56), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (46), Datuk Seri Mohd Ali Rustam (6) dan Tan Sri Isa Samad (6).

Beberapa bahagian yang mengundi Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah Gerik, Beruas, Paya Besar, Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Cheras, Tapah, Batu Gajah dan Bukit Bendera.

Manakala Shafie yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperoleh undi dari bahagian Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah dan Batu Gajah.

Sementara itu, seorang lagi penyandang naib presiden iaitu Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memperoleh 56 undi dengan sebahagian undinya dari bahagian Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tapah, Cheras dan Bukit Bendera.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berada di tempat keempat dengan 46 undi.

Dua lagi calon naib presiden iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad masing-masing berada jauh di belakang dalam merebut jawatan itu.

Dua jawatan tertingi yang dimenangi tanpa bertanding adalah Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengekalkan jawatan sebagai presiden manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden.

Penyandang jawatan naib presiden ialah Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Shafie.

Artikel Berikut

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Lain