suria

Keputusan Tidak Rasmi: Razali, Reezal Wakil Pemuda Dalam MT

KUALA LUMPUR: Dua calon daripada sayap Pemuda dan dua calon Puteri berjaya menempatkan diri dalam 25 calon teratas bagi kerusi Majlis Tertinggi (MT) sehingga pukul 7.10 malam.

Mereka ialah Datuk razali Ibrahim dan Datuk Reezal Merican manakala Datuk Azalina Othman dan Datuk Rosnah Rashid Shirlin turut tersenarai yang mana kedua-dua mereka adalah bekas ketua Puteri Umno.

Razali mendapat 25 undi, Azalina mendapat 22 undi dan Rosnah memperolehi 18 undi dari 191 bahagian.

Reezal pula mendapat 15 undi, berada di kedudukan 23.

Sementara itu, Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendahului kesemua senarai calon dengan mendapat 29 undi dan Datuk Ismail Sabri yaakob mendapat 28 undi, berada di kedudukan ketiga setakat ini.

Artikel Berikut

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Lain