suria

EGM MCA Tetap Diteruskan

Chua Soi Lek
Chua Soi Lek
Chua Soi Lek

KUALA LUMPUR: Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA pada Ahad akan diteruskan seperti yang dijadualkan walaupun dinasihatkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mempertimbangkannya semula.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi jaminan kepada lebih 2,380 perwakilan pusat bahawa EGM bagi membincangkan empat resolusi telah memenuhi semua syarat dalam perlembagaan parti.

Resolusi pertama adalah untuk mengecam Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana keengganan beliau menerima keputusan kolektif parti itu dan tindakannya mencetuskan perbalahan di kalangan ahli dan menjejaskan imej parti.

Liow juga dikecam kerana gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengerusi jawatankuasa persediaan pilihan raya umum MCA.

Tiga lagi resolusi lain adalah untuk kembali kepada keputusan awal parti untuk tidak menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan selepas prestasi mencatat prestasi buruk pada PRU-13, Mei lalu.

Pada sidang media di Wisma MCA, Sabtu, Dr Chua berkata, beliau telah menerima surat daripada ROS pada Khamis yang meminta beliau untuk mempertimbangkan resolusi untuk mengecam Liow dengan mengatakan Liow boleh dirujuk kepada lembaga disiplin parti.

Dr Chua berkata dalam maklum balasnya kepada ROS pada petang Jumaat, EGM tersebut memenuhi semua syarat dalam perlembagaan parti dan presiden parti itu tidak diberi kuasa untuk menentang peruntukan di bawah Perkara 30.2.

Satu salinan maklum balas itu telah diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Artikel Berikut

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Lain