suria

Pihak Berkuasa Thailand Berkas Rakyat Malaysia Miliki Kokain

BANGKOK: Kelakuan gopoh-gapah seorang warga Malaysia untuk menggunakan tandas di Lapangan Terbang Don Mueang di sini, membawa kepada penangkapannya selepas pihak berkuasa Thailand menemui 12 bungkusan kecil dadah di dalam mangkuk tandas yang digunanya.

Dalam kejadian semalam itu, lelaki berusia 36 tahun terbabit diberkas selepas pihak berkuasa curiga dengan kelakuannya dan mengekori suspek ke dalam tandas, kata Pegawai Penguasa Polis Imigresen, Kolonel Polis Weerayot Karunyathornn kepada pemberita.

Weerayot berkata dalam soal siasat, suspek mengaku membeli dadah jenis kokain seberat 120 gram itu daripada seorang wanita Thai dengan harga 270,000 baht.

Suspek mengaku mahu menjual dadah terbabit di Malaysia, katanya.

Mengulas kejadian, Weerayot berkata suspek sebelum itu menghampiri pegawai pihak berkuasa dan memaklumkan mahu ke tandas.

Bagaimanapun kelakuannya menimbulkan kecurigaan menyebabkan pegawai terbabit mengekorinya sebelum menemukan bungkusan kecil dadah terbabit di dalam mangkuk tandas yang diguna oleh suspek. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain