Pemilihan Jawatan Dalam Umno Perlu Ambil Kira Pandangan Luar - Mukhriz - Semasa | mStar

Pemilihan Jawatan Dalam Umno Perlu Ambil Kira Pandangan Luar - Mukhriz

ALOR SETAR: Perwakilan Umno yang akan mengundi pucuk pimpinan tertinggi dan bahagian esok diharap mengambil kira pandangan orang luar bagi memastikan pemimpin yang dipilih relevan bukan sahaja kepada anggota Umno tetapi juga rakyat.

Ini kerana kata Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, walaupun bukan anggota Umno, mereka akan menjadi perwakilan dalam pilihan raya umum akan datang yang menentukan kepimpinan negara.

"Pengundilah yang akan membuat keputusan dan menilai apakah keputusan pemilihan Umno menepati cita rasa dia. Jadi ini bukan terhad kepada perwakilan pemilihan, kita perlu ambil kira pandangan orang di luar Umno," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah sebelum itu mempengerusikan mesyuarat badan itu. "Presiden dan Timbalan Presiden Umno adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Apa Umno putuskan menjadi dasar kerajaan. Itu sebab orang nak ambil tahu apa kita buat dan siapa yang kita pilih sebagai pemimpin.

"Umno tidak sama macam parti-parti lain, jauh lagi daripada parti pembangkang...tak ada pengaruh seperti yang wujud dalam Umno," katanya lagi.

Mukhriz yang bertanding jawatan naib presiden juga yakin perwakilan sudah membuat keputusan mengenai siapa yang akan mereka undi.

"Setelah berusaha selama dua minggu, kini berserah sahaja kepada Allah. Sekarang masa untuk bertawakal. Tak ada apa yang boleh dilakukan sekarang kerana tinggal berapa jam sahaja. "Saya dah jelajah seluruh negara, tidak kesemua perwakilan saya dapat jumpa. Jumlah perwakilan terlalu ramai...146,500 orang," katanya.

Sementara itu katanya beliau gembira dengan keputusan ibu pejabat Umno supaya keputusan pemilihan bagi jawatan Majlis Tertinggi esok diumum di bahagian.

"Ini untuk elak berlaku perbezaan keputusan dengan apa yang diputuskan di bahagian dan ibu pejabat. Ini pendekatan lebih telus dan elak perkara tidak diingini. Saya ingat ini pengajaran daripada mesyuarat ketiga-tiga sayap (Sabtu lepas). Penambahbaikan ini sangat dialu-alukan," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa