suria

NGO Islam Protes Guan Eng Berhubung Isu Penggunaan Kalimah Allah

GEORGE TOWN: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam membuat kecoh dengan menceroboh masuk ke dalam bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Komtrar sebagai membantah tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung komennya mengenai penggunaan kalimah Allah.

Terdahulu kumpulan berkenaan mengadakan demonstrasi di luar masjid Simpang Enam di Jalan Macalister sebelum berarak ke Komtar pada pukul 2.15 petang.

Perarakan kumpulan berkenaan menyebabkan kesesakan trafik hampir setengah jam.

Kumpulan berkenaan kemudiannya bersurai pada pukul 2.50 petang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain