suria

Kereta Terbakar Sebabkan Kesesakan Teruk Di Jalan Tun Razak

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta yang terbabas sebelum terbakar berdekatan sebuah hotel di Jalan Tun Razak menghala ke pusat bandar di sini, pagi Jumaat menyebabkan kesesakan teruk kira-kira lima kilometer.

Kejadian kira-kira 7 pagi mengakibatkan beberapa laluan termasuk dari Setapak, Ampang dan Jalan Tun Razak sesak ketika ramai pemandu menuju ke tempat kerja masing-masing.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail yang dihubungi Bernama berkata bomba menerima panggilan dari orang awam pada 7.14 pagi sebelum menghantar dua jentera dari Balai Bomba Keramat dan Titiwangsa bersama 10 anggota ke tempat kejadian.

"Kami (bomba) difahamkan pemandu kereta Toyota Vios itu melanggar penghadang jalan sebelum terbakar. Bagaimanapun, ketika kami tiba, pemandu itu tiada di lokasi kejadian.

"Mungkin mangsa sudah dibawa ke hospital," katanya.

Pihak bomba mengambil masa 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain