suria

Kadar Baru Tambang Teksi Diumum Suku Pertama 2014

Syed Hamid. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR
Syed Hamid. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR
Syed Hamid. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR

KUALA LUMPUR: Satu kadar baru tambang perkhidmatan teksi di Semanjung Malaysia akan diumumkan pada suku pertama tahun depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kadar baru itu akan ditetapkan selepas mengambil kira hasil kajian dan semakan holistik yang dijalankan oleh agensi terbabit dan semua pihak yang terlibat.

"Pelarasan kadar baru secara holistik ini akan mengambil kira enam kos komponen iaitu kenderaan, peralatan, bahan api, penyelenggaraan, overhead dan kos buruh selain kos hidup dan kualiti perkhidmatan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi - Kajian Kadar Tambang Teksi di sini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Menurut Syed Hamid, penetapan kadar baru itu adalah bersesuaian kerana kali terakhir ia disemak semula pada 2009.

"Kita sudah banyak kali mengadakan perbincangan dengan semua pihak terlibat tetapi ini adalah kali pertama kami menyediakan kertas kerja untuk memudahkan proses perbincangan dan menjadi asas kepada keputusan yang dibuat nanti," katanya.

Sementara itu, Syed Hamid berkata kira-kira 13,000 teksi bandar sedia ada iaitu Bajet, Eksekutif, Premier akan melalui pelan migrasi menjadi Teksi 1Malaysia (TEKS1M) menerusi inisiatif penambahbaikan teksi 2013-2015 di bawah Pelan Transformasi Industri Teksi.

"Kita jangka sebanyak 7,500 TEKS1M yang menggunakan Proton Exora akan beroperasi sepenuhnya di bandar-bandar utama menjelang 2015," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain