suria

GST Mungkin Tidak Dilaksanakan Pada Bajet 2014 - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan membayangkan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan pada Bajet 2014.

Ahmad berkata, kerajaan pada dasarnya bersetuju melaksanakan GST, namun masih belum memutuskan bila dan berapa kadar peratusan cukai yang akan dikenakan pada peringkat awal pelaksanaannya.

"Bila nak dibuat, berapa peratus kita tak tahu, tapi sudah nyatakan dalam jawapan-jawapan rasmi bahawa kita akan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran awal 'Mengumpul Dana Membina Madrasah Integrasi Islam Malaysia' di sini Jumaat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain