suria

Enam Dipercayai Cedera Dalam Kebakaran Hotel Di Kudat

KOTA KINABALU: Enam orang dipercayai cedera apabila menyelamatkan diri dari kebakaran sebuah hotel empat tingkat di Kudat petang Khamis.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K. Ramin berkata mereka kini sedang menerima rawatan di Hospital Kudat.

Beliau berkata hotel itu hampir musnah dalam kebakaran yang pihak bomba menerima panggilan kira-kira 5.54 petang.

Punca kebakaran masih disiasat, katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Affendy berkata pihaknya menghantar 25 anggota beserta dua jentera dari balai Kudat dan sebuah dari balai Kota Marudu yang turut dibantu seramai 11 anggota daripada pasukan bomba sukarela Kampung Air.

Beliau berkata api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 8.27 malam ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain