suria

Biar Ka Siong Tentukan Masa Depannya Dalam Parti – Soi Lek

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, terpulang kepada Ketua Pemuda parti, Datuk Dr Wee Ka Siong untuk membuat keputusan mengenai masa depannya dalam parti.

“Saya tidak boleh memberi komen mengenai keputusan sesiapa,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Wee sebelum ini yang memutuskan untuk tidak bertanding semula dalam pemilihan parti Disember ini sekiranya beliau tidak mengotakan janjinya untuk melepaskan jawatan presiden pada pemilihan.

Ditanya sama ada keputusan Wee berdasarkan keputusan Dr Chua sama ada untuk bertanding semula atau tidak dalam pemilihan parti, beliau berkata: “Tidak, saya akan membuat keputusan berdasarkan kepentingan terbaik demi parti.”

“Apabila tiba masanya saya akan beritahu mengenainya nanti,” kata Dr Chua.

Pada 6 Mei lalu, Dr Chua mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding semula dalam pemilihan parti Disember ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain