suria

Sebahagian Persiaran Kewajipan Ditutup Bagi Pembinaan LEP

KUALA LUMPUR: Sebahagian Persiaran Kewajipan di Subang Jaya akan ditutup dari 12 tengah malam hingga 5 pagi pada Sabtu dan Ahad ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Projek Sambungan Laluan (LEP).

Syarikat Prasaranan Negara Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata penutupan itu ialah dari Persiaran Perpaduan hingga persimpangan lampu isyarat Persiaran Murni.

Kenderaan yang datang dari Lebuhraya Shah Alam (KESAS)/Summit menuju ke Taipan/Puchong masih boleh menggunakan laluan kiri Persiaran Kewajipan sementara kenderaan ke KESAS/Summit perlu membuat lencongan menerusi Persiaran Perpaduan-Jalan Persiaran Bakti-Persiaran Murni bagi mengelak kawasan pembinaan sebelum memasuki semula Persiaran Kewajipan.

"Papan tanda akan diletakkan di persimpangan Persiaran Perpaduan dan Persiaran Murni bagi memastikan kelancaran lalu-lintas kepada pengguna apabila melalui Persiaran Kewajipan," kata Prasarana.

LEP bertujuan meningkat sistem pengangkutan awam rel di Lembah Klang termasuk sambungan kepada laluan LRT Ampang dan Kelana Jaya sedia ada. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain