Peluang Semua Calon Naib Presiden Seimbang - Ali Rustam - Semasa | mStar

Peluang Semua Calon Naib Presiden Seimbang - Ali Rustam

Pengerusi PUNB Datuk Seri Mohd Ali Rustam (dua, kiri) meyampaikan replika cek bernilai RM5 juta kepada Wakil Syarikat Konsortium Usahawan Tekstil Sdn Bhd, Intan Saad, 43 (kanan) selepas merasmikan Majlis Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB di Alor Setar, Khamis. -fotoBERNAMA
Pengerusi PUNB Datuk Seri Mohd Ali Rustam (dua, kiri) meyampaikan replika cek bernilai RM5 juta kepada Wakil Syarikat Konsortium Usahawan Tekstil Sdn Bhd, Intan Saad, 43 (kanan) selepas merasmikan Majlis Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB di Alor Setar, Khamis. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Calon Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yakin kesemua enam calon bagi jawatan itu mempunyai peluang yang seimbang untuk meraih undi daripada perwakilan pada pemilihan parti, Sabtu ini.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata sepanjang tempoh berkempen, beliau melihat sambutan daripada para perwakilan di setiap negeri yang dikunjungi adalah baik.

"Saya tengok peluang sama sahaja untuk semua calon. Saya harap mereka akan nilai saya berdasarkan perkhidmatan yang telah saya berikan kepada parti sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pembiayaan perniagaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di sini Khamis.

Beliau berkata selama 13 tahun menjadi Ketua Menteri Melaka, pengalamannya membangun dan memajukan negeri itu mampu disumbangkan pula untuk peringkat nasional selain bagi menguatkan parti.

Mohd Ali, 64, yang juga Pengerusi PUNB, berkata beliau juga mahu menggunakan pengalamannya dalam parti untuk bertemu rakyat di peringkat akar umbi dengan merapatkan hubungan mereka dengan pucuk pimpinan.

Mengenai pendapat beberapa pihak bahawa jawatan Naib Presiden wajar diberikan kepada mereka yang lebih muda, Mohd Ali berkata ramai golongan muda bertanding jawatan Majlis Tertinggi, menyebabkan beliau mengambil keputusan bertanding jawatan Naib Presiden.

"Nak tanding jawatan itu rasa sudah tidak sesuai. Jadi dengan umur saya sekarang saya rasa sesuai untuk bertanding jawatan Naib Presiden," katanya.

Selain Mohd Ali, lima lagi calon Naib Presiden iaitu Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir serta tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain