suria

'Cabaran Bukit Aman' Surendran Bermula

Surendran bercakap dengan pihak media sebelum memasuki Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
N. Surendran
N. Surendran

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran berkata polis harus menghentikan tindakan menembak sewenang-wenangnya.

Surendran berkata demikian kepada media di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di mana beliau menerima cabaran untuk mengiringi polis mengadakan serbuan terhadap penjenayah bersenjata setelah menerima tawaran daripada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter Jumaat lepas.

Surendran berkata, "Mereka terus mengatakan mereka menembak penjenayah tetapi sebenarnya mereka menembak suspek. PDRM bukan hakim dan mereka harus cuba yang terbaik untuk menangkap tanpa perlu menncetuskan keganasan."

Apabila ditanya sama ada beliau takut, beliau berkata bahawa beliau tidak takut. "Saya tidak takut, saya lebih prihatin untuk orang ramai. Ini adalah risiko yang dihadapi oleh semua orang," katanya.

Surendran kemudian masuk untuk dipakaikan baju kalis peluru, tetapi pihak media tidak dibenarkan masuk.

Malah peguam yang mengiringi beliau juga tidak dibenarkan membawa masuk telefon dan komputer riba.

Surendran berkata butiran sah "pengembaraan" beliau akan dikendalikan oleh Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasaiah manakala satu lagi pengendalian adalah daripada Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(Risikan/Operasi) Bukit Aman Datuk Mazlan Mansor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain