suria

Ketua Pemuda MCA Sokong Liow

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan yang sama dengan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam pemilihan parti.

Beliau juga berkata bahawa beliau akan mengundi menentang resolusi terhadap Liow, yang juga timbalan presiden, dalam mesyuarat agung luar biasa MCA pada Ahad.

Dr Wee berkata Liow yang telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan presiden MCA, adalah seorang kawan yang baik.

"Adalah tidak adil untuk menyalahkan Liow semata-mata untuk kekalahan parti dalam pilihan raya umum ke-13," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini Rabu.

Dr Wee berkata, pembunuhan watak dalam parti itu baru-baru ini patut ditolak dan tidak percayakan mana-mana pemimpin hanya akan melemahkan parti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain