Kanak-Kanak Lelaki 10 Tahun Cedera Terkena Tembakan - Semasa | mStar

Kanak-Kanak Lelaki 10 Tahun Cedera Terkena Tembakan

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera terkena tembakan ketika seorang anggota polis yang sedang mengosongkan senjatanya terlepas satu das tembakan di hadapan sebuah rumah di Kampung Belanja Kiri, Parit pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, DSP Leong Ah Kow berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, tembakan itu menyebabkan Mohd Amar Mohd Azizi yang berada kira-kira 40 meter dari rumah berkenaan cedera di bahagian leher.

Mangsa dibawa ke sebuah klinik di Parit dan kemudian ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan.

"Setelah x-ray dilakukan, didapati terdapat anak peluru di bahagian dalam kerongkong mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini untuk pembedahan.

Leong berkata, polis merampas sepucuk pistol jenis P99 dan satu magazine dengan 14 butir peluru milik suspek.

"Kelongsong peluru telah ditemui dan daripada keterangan suspek, senjata itu dibekalkan secara mingguan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain