suria

Gerakan P.Pinang Sokong Chang Yeow Untuk Presiden Parti

GEORGE TOWN: Jawatankuasa Perhubungan Negeri Gerakan Pulau Pinang menyokong penuh Teng Chang Yeow untuk jawatan presiden parti itu.

Setiausahanya, Oh Tong Keong, berkata semangat jitu Teng, serta sikapnya yang lantang dan mempunyai tokoh kepimpinan menjadikan beliau calon terbaik untuk jawatan itu.

Beliau berkata, Jawatankuasa Perhubungan Negeri Gerakan Pulau Pinang, pada mesyuarat keduanya malam Isnin, sebulat suara memutuskan untuk menyokong Teng bagi jawatan presiden parti itu.

"Kami percaya sepenuhnya dengan keupayaan beliau untuk menyatupadukan pemimpin-pemimpin parti kami di seluruh negara dan semangatnya untuk meningkatkan anggota akar umbi parti," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Oh berkata, Teng memiliki semangat dan tenaga untuk membawa perubahan selepas kekalahan parti itu pada pilihan raya umum ke-13.

Pemangku presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn sebelum ini berkata beliau tidak akan bertanding untuk jawatan tertinggi parti pada pemilihan parti itu 26 Oktober. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain