suria

Polis Tahan Pelajar Universiti Disyaki Tipu Urusan Jual Beli Rumah

KOTA KINABALU: Polis Sabah memberkas seorang pelajar universiti tempatan kerana disyaki melakukan penipuan dalam urusan pembelian rumah antara bulan Februari dan Julai tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata suspek yang berumur 25 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sepanggar pada 4 Okt lepas.

"Sejumlah RM367,350 telah berjaya dikumpul suspek daripada 22 mangsa yang diperdaya dalam urusan pembelian rumah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis, Isnin.

Beliau berkata sebanyak 22 laporan diterima berhubung kes itu dan polis menubuhkan pasukan khas untuk menjejaki suspek.

"Hasil maklumat orang ramai, suspek berjaya ditangkap dan dipercayai terbabit dalam kes penipuan pembelian rumah yang konon ditawarkan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah," katanya.

Hamza berkata polis turut menerima tiga kes sama di Tawau dan satu di Penampang.

"Siasatan mendapati suspek melakukan kegiatan ini secara bersendirian namun polis masih melakukan siasatan lanjut," katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Pantau 'Cai' Senarai Calon

Artikel Lain