Polis Sabah Rampas Dadah Bernilai RM220,000 - Semasa | mStar

Polis Sabah Rampas Dadah Bernilai RM220,000

KOTA KINABALU: Polis Sabah merampas dadah jenis Methamphetamine (syabu) seberat 932.82 gram yang dianggar bernilai RM220,000 dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di daerah Penampang, Jumaat lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun dalam serbuan pada 3 petang itu.

"Ketika serbuan dibuat, suspek cuba membuang sesuatu melalui tingkap rumah tetapi berjaya dihalang dan polis mendapati beg plastik itu mengandungi hablur kristal disyaki syabu dengan berat kasar 428.58 gram," katanya pada sidang media sempena perhimpunan bulanan polis kontinjen Sabah di Ibu Pejabat Polis Kepayan, Isnin.

Beliau berkata suspek memiliki rekod jenayah berkaitan narkotik dan pernah ditahan pada 2010 selain positif dadah.

Dalam perkembangan lain, Hamza berkata pasukan Polis Marin menahan tiga suspek yang cuba membawa masuk 880 batang kayu bernilai RM180,700 pada Sabtu lepas.

"Dalam Ops Cantas Laut Khas pada jam 6 pagi yang dibuat di Sungai Kalabakan, Polis Marin berjaya mengesan 60 kayu balak beserta ratusan kayu nibong cuba dibawa masuk ke negara ini dari negara jiran, iaitu Indonesia," katanya sambil menambah suspek yang berumur 30 hingga 49 tahun gagal menunjukkan permit apabila diminta berbuat demikian.

Hamza berkata mereka diserah kepada Jabatan Perhutanan dan disiasat mengikut Seksyen 30(g) Enakmen Perhutanan 1968.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain