suria

Kerajaan Sambut Baik Keputusan Mahkamah Rayuan Ke Atas Penggunaan Kalimah Allah

ARAFAH: Semua pihak digesa supaya menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan Katolik, The Herald menggunakan kalimah Allah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir berkata, kerajaan menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan kerajaan serta sembilan perayu lain untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada 'Tuhan'.

Keputusan mahkamah itu dianggap sebagai hadiah untuk umat Islam Malaysia sempena hari wukuf di Arafah, katanya kepada pemberita di sini.

Dalam keputusan itu, panel tiga anggota hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata: "Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan kalimah 'Allah' bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian".

Artikel Sebelum

Umno Pantau 'Cai' Senarai Calon

Artikel Lain