suria

Isa Janji Bantu Presiden Dan Timbalan Jika Menang Naib Presiden UMNO

GUA MUSANG: Calon Naib Presiden Umno Tan Sri Mohd Isa Samad berjanji akan memikul tugas yang sama beratnya dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika dipilih pada Sabtu ini.

"Sebagai seorang yang banyak pengalaman dalam parti, saya akan tetap setia bersama perdana menteri (Najib) dan timbalannya (Muhyiddin) demi pembelaan bangsa Melayu," katanya ketika berucap pada Majlis Jiran Felda di Rancangan Kemajuan Tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Paloh 1, Isnin

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan Pengurus Besar Wilayah Felda Gua Musang Che Noh Che Pa.

Mohd Isa yang juga Pengerusi Felda berkata beliau bersedia bekerjasama untuk memartabat perjuangan Umno bersama-sama naib presiden lain, jika dipilih oleh perwakilan parti.

Dalam pada itu, beliau berjanji akan membawa perubahan lebih besar kepada masyarakat peneroka di Rancangan Tanah Felda seluruh negara selain Kesedar.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Pantau 'Cai' Senarai Calon

Artikel Lain