suria

Hujan Di Empat Negeri Pada Pagi Aidiladha

KUALA LUMPUR: Hujan diramal berlaku di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor pada pagi Aidiladha esok (Selasa).

Menurut portal Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini cuaca di Perak, Perlis, Putrajaya dan Kuala Lumpur pula diramal mendung manakala negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak tiada hujan pada sebelah pagi.

Pada sebelah petang, ribut petir dijangka berlaku di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Hujan pula diramal di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Putrajaya dan Sabah pada sebelah petang, manakala cuaca mendung di Labuan.

Pada sebelah malam, Johor, Labuan, Sabah, Sarawak, Terengganu dijangka mengalami hujan, sementara cuaca mendung di Kedah dan Pulau Pinang manakala cuaca di Kuala Lumpur, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Putrajaya dan Selangor diramal baik pada sebelah malam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Pantau 'Cai' Senarai Calon

Artikel Lain