suria

Mohd Rafifi Kekal Ketua Pemuda Umno Labuan

LABUAN: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Labuan, Mohd Raffi Ali Hassan berjaya mempertahan jawatannya pada pemilihan sayap parti itu pada Sabtu.

Mohd Raffi memperoleh 150 undi mengalahkan Jainuddin Ghani yang tidak menerima sebarang undi.

Jawatan naib ketua disandang Mursidi Joanah mengalahkan Mohd Faizal Lakat.

Ketua Wanita kekal disandang Datuk Aini Safar yang menang tanpa bertanding manakala Siti Hawa Yakob selaku naib ketua selepas menewaskan Rokiah Ibrahim dan Rahimah Lamat.

Jawatan ketua Puteri dimenangi Noorerney Jamil tanpa bertanding dan naib ketua disandang Norbawati Abd Ghani. - BERNAMA

Artikel Lain