suria

Persidangan Perwakilan & Pemilihan Tiga Sayap Umno Di Perak Berjalan Lancar

LUMUT: Persidangan perwakilan dan pemilihan kepimpinan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Perak secara keseluruhannya berjalan lancar, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Mesyuarat berjalan dalam suasana penuh armoni...kami akan terus memantau bagi mengenalpasti sebarang kelemahan untuk diperbaiki," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Terdahulu, beliau meninjau perjalanan persidangan perwakilan dan pemilihan di bahagian Lumut yang berjalan serentak di tiga lokasi di sini.

Pemilihan tiga sayap Umno di seluruh negara menyaksikan 110,765 perwakilan Wanita, kira-kira 70,000 Pemuda dan kira-kira 50,000 Puteri melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memilih kesinambungan kepimpinan sayap parti itu untuk penggal 2013 hingga 2016. -BERNAMA

Artikel Lain