suria

Pemilihan Wanita: Shahrizat Dahului Dua Pencabar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil masih mendahului jumlah undi saingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno apabila disahkan mendapat empat undi daripada 191 Bahagian Umno.

Pengerusi Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali ketika mengumumkan keputusan terkini sehingga pukul 6 petang berkata, dua lagi calon bagi jawatan Ketua Wanita Umno iaitu Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin masih belum mendapat undi.

"Empat Bahagian Umno yang memberi undi kepada Datuk Seri Shahrizat ialah Tanjong Malim, Subang, Kepong dan Labuan," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Artikel Lain