suria

Mereka Yang Tewas Dalam Pemilihan Umno Jangan Kecewa - Muhyiddin

MUAR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan calon yang tewas dalam pemilihan parti masih boleh menyumbang kepada parti.

Beliau menjelaskan jawatan yang dipertandingkan adalah terhad berbanding dengan jumlah mereka yang berbakat dalam parti,ini kerana menang atau kalah adalah sebagai daripada proses demokrasi.

"Jangan kecewa hanya kerana anda tidak terpilih, bukan bermakna semuanya telah berakhir," katanya.

Berkongsi pandangan peribadinya, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau telah melalui turun naik dalam karier politiknya.

"Ada masanya saya menerima banyak sokongan dan ada masanya saya terjatuh, namun saya bangkit semula, ahli parti menilai saya dan mereka memilih saya hingga saya capai apa yang perolehi pada hari ini," katanya kepada pemberita.

"Ada banyak jawatankuasa, program biro dan aktiviti lain. Setiap daripada kita ada peranan yang boleh dimainkan.

"Kita tidak harus berputus asa dan harus membantu mengukuhkan parti serta menyokong mereka yang mendapatkan sokongan yang lebih daripada kita.

"Jangan hanya fikir tentang diri sendiri sebaloknya lihat apa yang akan berlaku pada masa hadapada seperti, Pilihan Raya Umum ke-14 sama ada kita boleh mengekalkan sokongan daripada rakyat," katanya.

Muhyiddin berkata parti tidak bukan fokus utama kepada ahli Umno, sebaliknya semua komuniti kerana ia merupakan tiang belakang Barisan Nasional.

"Kita berharap dengan format baru pemilihan parti yang digunapakai ini akan berjalan lancar," katanya

Sistem pemilihan baru ini menunjukkan Umno telah melalui proses trasformasi yang besar serta memberi nafas baru kepada proses demokrasi yang lebih telus dengan sesiapa yang berminat boleh menawarkan diri mereka untuk bertanding dan berkhidmat untuk parti, katanya.

Mengenai spekulasi yang mengatakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin akan mengekalkan jawatan masing-masing sebagai Ketua Wanita dan Ketua Pemuda, Muhyiddin berkata tidak salah untuk membuat ramalan namun keputusan akhir terletak di tangan perwakilan.

Artikel Lain