suria

Keputusan Tidak Rasmi: Khairy, Shahrizat Pertahan Jawatan Ketua Pemuda, Wanita, Mas Ermieyati Hampir Menang Ketua Puteri

Khairy (kiri) dan Shahrizat (kanan).
Khairy (kiri) dan Shahrizat (kanan).
Khairy (kiri) dan Shahrizat (kanan).

KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil masing-masing dilaporkan berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno dan Ketua Wanita Umno, manakala calon baru Ketua Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin hampir memenangi jawatan itu berdasarkan undian daripada 191 bahagian menerusi keputusan tidak rasmi.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Khairy mendapat 115 undi dan Shahrizat dengan 98 undi yang sekaligus membolehkan mereka mempertahankan kedudukan bagi penggal kedua.

Keputusan rasmi pada pukul 9.40 malam menunjukkan Khairy Jamaluddin mendahului dengan meraih undi daripada 20 bahagian.

Pihak lawannya iaitu Syed Rosli Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abdul Karim Ali masih belum memenangi sebarang kemenangan dari mana-mana bahagian.

Shahrizat turut mendahului persaingan dengan 26 kemenangan secara rasminya.

Dua pesaing beliau, Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman masih belum memperoleh sebarang undi.

Bagi jawatan Ketua Puteri Umno pula, Mas Ermieyati Samsudin mendahului dengan kemenangan di 34 bahagian manakala Jamilah Hanim Othman memperoleh kemenangan di lapan bahagian.

Artikel Lain