suria

Atap Bocor Tidak Jejas Pemilihan di Pekan

PEKAN: Hujan lebat selama beberapa jam di sini malam tadi menyebabkan ruang legar Bangunan Umno Pekan dilimpahi air separas buku lali.

Bagaimanapun, keadaan disebabkan atap yang bocor itu tidak menjejaskan keadaan dalam dewan bangunan berkenaan, yang menjadi tempat Puteri Umno bahagian Pekan mengundi.

Ruang yang dilimpahi air itu menempatkan jamuan makan tengah hari untuk anggota perwakilan Puteri.

Sementara itu, bekalan elektrik di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini terputus selama 15 minit ketika sayap Wanita Umno sedang mengundi menyebabkan proses pengundian tergendala seketika.

Secara keseluruhan, proses pengundian ketiga-tiga sayap Bahagian Pekan yang diadakan di tiga lokasi di sini berjalan lancar. -BERNAMA

Artikel Lain