Umno Tidak Halang Ahli Akademik Tanding MT - Rauf - Semasa | mStar

Umno Tidak Halang Ahli Akademik Tanding MT - Rauf

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh menunjukkan tiga buku senarai calon bagi pemilihan Umno 2013 iaitu buku Pergerakan Wanita Umno, Pergerakan Pemuda Umno dan Pergerakan Puteri Umno sebelum diedarkan kepada wakil media di Ibu Pejabat Umno, Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur pada Rabu. -fotoBERNAMA
Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh menunjukkan tiga buku senarai calon bagi pemilihan Umno 2013 iaitu buku Pergerakan Wanita Umno, Pergerakan Pemuda Umno dan Pergerakan Puteri Umno sebelum diedarkan kepada wakil media di Ibu Pejabat Umno, Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur pada Rabu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh menolak dakwaan kononnya wujud cubaan untuk menghalang kumpulan ahli akademik daripada memegang jawatan diperingkat tertinggi parti itu.

Menurut beliau, ahli Umno perlu akur dengan Perlembagaan parti itu yang meletakkan syarat minimum bagi calon yang ingin bertanding jawatan MT mestilah pernah menjadi ahli MT atau Ahli Jawatankuasa di peringkat Bahagian.

"Sesiapa sahaja nak sertai Umno kita tidak meletakkan syarat sama ada mempunyai kelayakan akademik minimum ataupun sebagainya. Umno terbuka untuk semua, tetapi kita mempunyai proses yang tersendiri.

"Perlembagaan memerlukan syarat bahawa sesiapa yang nak bertanding peringkat MT perlu melalui proses Bahagian dahulu. Ini kerana proses untuk mengenali Umno, mengurus tadbir Umno bermula di peringkat akar umbi sehinggalah ke MT...mereka ini mempunyai pengalaman yang cukup," katanya kepada pemberita di Menara Dato' Onn di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai pembatalan kelayakkan pencalonan calon MT nombor 45, Prof Madya Dr Mohd Sazili Shahibi kerana tidak memenuhi syarat minimum.

Mohd Sazili, 43, yang juga Naib Ketua Pemuda Bahagian Selayang hanya mengetahui pencalonannya terbatal semasa menghadiri majlis pengenalan calon peringkat Negeri Sembilan di Seremban pada Selasa.

Sebelum itu turut menghadapi nasib yang sama iaitu pencalonan digugurkan daripada bertanding jawatan MT ialah Pengerusi Tetap Umno Cawangan Gombak Setia, Prof Datuk Dr Zainul Fithri Othman.

Timbalan Naib Canselor Perhubungan Industri dan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) itu turut tidak pernah memegang jawatan MT atau Ahli Jawatankuasa di peringkat Bahagian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Calon BN, PAS Bertembung Raih Undi

default image

Inti Pati Bajet 2014

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain